Selasa, 31 Januari 2012

SELAMAT DATANG OBINNA NWANEIRI!!


Obinna Nwaneiri. Itulah nama pemain import terbaru bagi pasukan The Red Warriors. Pemain yang bermain di posisi pertahanan ini di jangka akan menguatkan pertahanan pasukan Kelantan yang di lihat sedikit goyah pada perlawanan yang lalu. Pihak pengurusan telah mengambil pemain ini berdasarkan pasukan TRW ketiadaan pemain import di posisi pertahanan.

Sebelum ini, Kelantan telah mengambil empat pemain import bagi menguatkan kesebelasan utama pasukan. Namun, dua pemain import Emmanuel Okine dan Zakaria Charara di katakan telah di pinjam ke pasukan Kuala Lumpur dan di bayar gaji sepenuh nya oleh pasukan dari ibu kota itu. Manakala dua pemain import lagi bagi pasukan Kelantan adalah Ghaddar dan Dennis Antwi.

Prestasi semasa Ghadar amat merisaukan kem pasukan Kelantan dan juga penyokong setia The Red Warriors. Akan tetapi, penyerang Dennis Antwi di lihat semakin serasi di bahagian serangan bersama Mat Yo dan dia juga telah mampu menghasilkan dua jaringan berharga pada perlawanan yang lalu.

Bekas pemain Nigeria ini telah menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan dan di jangka di turunkan untuk bertemu di perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan kendalian K.Rajagopal. Pemain lain yang akan turut di uji oleh pengurusan Kelantan adalah Samad Okoucha dari Ghana. Pemain ini di jangka akan di turunkan menentang Balistier FC pada 4 Februari di Stadium Kota Bharu.

TRWCu mengharapkan dengan kehadiran pemain import terbaru ini mampu mengukuhkan pasukan Kelantan dan mampu memberi hasil untuk terus kekal di puncak liga. Gomo KELATE Gomo!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 28 Januari 2012

KELANTAN TERUS GAH DI PUNCAK LIGA

Kelantan terus membuktikan bahawa The Red Warriors adalah salah satu pasukan yang perlu di geruni oleh pihak lawan. Ternyata kehebatan Si Kijang telah di terjemahkan melalui kemenangan bergaya ke atas Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0 dengan di saksikan ribuan penyokong Kelantan di Stadium Kota Bharu.

Pada awal nya, TRWCu menjangkakan Peter Butler akan menurunkan barisan kedua nya. Akan tetapi, jurulatih tetap optimis menurunkan barisan terkuat nya bagi mencari kemenangan dengan jaringan yang besar. Gandingan Ghaddar dan Mat Yo terus di jadikan sandaran di bahagian hadapan. Kapten Piya dan Shakir juga terus di beri kepercayaan untuk mengemudi jentera tengah bagi mencari gol buat pasukan. Barisan pertahanan juga sama seperti perlawanan sebelum ini di ketuai Subramaniam dan rakan sepasukan.

Pada awal nya, Kelantan di lihat mampu mencapai kemenangan dengan mudah. Namun, Kelantan terus melakukan asakan dan akhir nya pada minit ke 46, Mat Yo berjaya membuat tandukan untuk mendapatkan gol pertama buat pasukan. Pada separuh masa kedua, Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Kapten Piya pada minit ke 72. Lima minit selepas itu, Dennis Antwi telah membuatkan malam penyokong Kelantan meriah dengan jaringan ketiga dan gol kedua peribadi setakat ini.

Pada malam ini, Kelantan membuat pertukaran dengan memasukkan Antwi menggantikan Ghaddar, Zamri Ramli menggantikan Norfarhan dan penyerang muda, Ramzul Zahini menggantikan Mat Yo. TRWCu mengucapkan tahniah buat pasukan dan jurulatih agar terus mencipta kejayaan pada perlawanan menentang Sabah di Likas pada 8 Januari nanti. Gomo KELATE Gomo!!

Pemain terbaik pilihan TRWCu : Piya

Gambar di petik di halaman facebook J Photography

Keputusan lain lain perlawanan :

PKNS 2 vs Sabah 2
Young Lions 0 vs Terengganu 1
Sarawak 2 vs Negeri Sembilan 2
Felda United 1 vs Perak 2
Tteam 1 vs Selangor 2
Kedah 1 vs Johor FC 2

*Kedudukan liga telah di kemaskini. Sila ke halaman kedudukan liga super 2012.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 26 Januari 2012

GAMBAR PENYOKONG TRWCu DI STADIUM DARUL AMAN (20 JANUARI 2012)


KEPUTUSAN PENUH 

UKHWAH TERCIPTA


KELIHATAN PENYOKONG KEDAH 


SOKONGAN SEBAHAGIAN PENYOKONG TRWCu  BUAT THE RED WARRIORS

PASUKAN GENDANG,ULTRAS DAN TRWCu



PENYOKONG CILIK TRWCu

SEBAHAGIAN PENYOKONG YANG HADIR

SORAKAN BERGEMA DI STADIUM DARUL AMAN

LAMBAIAN BUAT PEMAIN


UKHWAH PENYOKONG KEDAH DAN KELANTAN


TERIMA KASIH KEPADA PENYOKONG DARI TRWCu KERANA SUDI BERKONGSI GAMBAR DI SEKITAR STADIUM DARUL AMAN ( 20 JANUARI 2012 ). TAHNIAH BUAT ANDA SEMUA!!
TERIMA KASIH JUGA BUAT PASUKAN GENDANG DAN ULTRAS KERANA TURUT MEMERIAHKAN STADIUM BERSAMA TRWCu. JUMPA LAGI..:)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

TETAMU DARI IBU KOTA

The Red Warriors akan menerima tetamu dari ibu kota Kuala Lumpur pada 28 Januari 2012, sabtu ini di stadium keramat negeri Kelantan. Perlawanan kelima ini menjadi titik pertemuan berharga buat Kuala Lumpur untuk mencari kemenangan pertama. Pasukan bimbingan Razif Ismail seharusnya berwaspada dengan kehebatan Si Kijang yang berada gah di puncak liga setakat ini.

TRWCu menjangkakan jurulatih Peter James Butler akan menurunkan skuad kedua nya bagi merehatkan skuad utama untuk perlawanan nanti. Akan tetapi, kita tidak boleh memandang rendah kekuatan pasukan lawan biarpun mereka berada di tangga tercorot liga. Peter James Butler pasti nya ada strategi tersendiri bagi mencapai kemenangan buat The Red Warriors.

Peter James Butler mungkin menurunkan Syazwan Yusoff di posisi penjaga gol bagi merehatkan penjaga gol utama. Ini kerana prestasi Syazwan Yusoff juga boleh di anggap cemerlang setelah beraksi pada perlawanan menentang PKNS yang lalu. Di posisi pertahanan, TRWCu mengharapkan pertahanan yang kuat untuk mengekang asakan lawan. 'Back four' pilihan TRWCu pada kali ini mungkin Subra, Farisham, Aziz, serta Daudsu. Rizal  Fahmi juga mungkin di turunkan untuk menggantikan Subra di pertahanan tengah.

Di bahagian tengah pula, Piya dan Shakir mungkin terus di beri kepercayaan untuk merancang gerakan menarik. Indra dan Farhan mungkin di rehatkan bagi memberi laluan kepada Azwan Roya dan "Kelantan Express" S.Chanturu di posisi kiri dan kanan. Di bahagian serangan, TRWCu tetap memilih Ghadar dan Mat Yo untuk berada di jentera serangan. Dennis Antwi juga mungkin di turunkan sebagai penyerang utama berdasarkan prestasi cemerlang semasa menentang Kedah pada minggu lalu.

Jika jurulatih ingin merehatkan penyerang utama, Peter James Butler mungkin menurunkan penyerang muda The Red Warriors. Antara nya Aris Zaidi ataupun Ramzul Zahini. Untuk mencapai kemenangan, pasukan Kelantan harus kuat dari segi posisi.

Bagi pasukan kendalian Razif Ismail, beliau pastinya mempunyai idea yang bijak untuk menurunkan skuad yang mampu memecah benteng pasukan The Red Warriors. Setelah buntu mencari kemenangan, pemain KL Hawks akan mengerah segala kudrat yang ada untuk meraih tiga mata pertama buat pasukan ibu kota.

Kesebelasan utama pasukan Kuala Lumpur mungkin tidak banyak berubah dengan perlawanan sebelum ini. Dengan ketiadaan pemain import, mereka bergantung harap kepada semua pemain tempatan sahaja. Dengan hanya mampu mengutip satu mata sahaja setakat ini, mereka perlu bekerja keras untuk mencari kemenangan moral untuk menempuh perlawanan selepas ini.

Bagi TRWCu, apapun percaturan jurulatih untuk menentang Kuala Lumpur nanti, kami tetap menyokong sepenuh nya untuk terus gah di puncak liga. Gomo Kelate Gomo!!

Pemain Tumpuan TRWCu : Piya

Barisan kemungkinan pasukan Kelantan pilihan TRWCu  :

Syazwan Yusoff, Subra, Farisham, Daudsu, Aziz, Piya, Shaakir, Chanturu, Azwan Roya, Mat Yo, Dennis Antwi

Barisan kemungkinan pasukan Kuala Lumpur pilihan TWCu :


Rozaimi Rohim, Ahmad Jihad Ismail, Arman Fareez Ali, Aslam Najumudden, Aiman Syazwan Abdullah, S.Sivaraj, Azrul Azmi, Syafiq Johari, Hishamuddin Othman, Syafwan Shahlan, Fazuan Abdullah
 
Jadual perlawanan bagi pasukan lain :


Young Lions vs Terengganu
Sarawak vs Negeri Sembilan
Felda United vs Perak
Tteam vs Selangor
Kedah vs Johor FC


*Keputusan perlawanan dan kedudukan liga akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan pada 28 januari.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 21 Januari 2012

KEPUTUSAN LAIN PASUKAN PADA PERLAWANAN KEEMPAT

Selangor 0 vs Sarawak 0
Sabah 0 vs Young Lions 1
Kuala Lumpur 1 vs PKNS 1
Terengganu 2 vs Tteam 1
Johor FC 0 vs Perak 1
Negeri Sembilan 1 vs Felda United 0

*Kedudukan liga super selepas perlawanan keempat telah di kemaskini. Sila ke halaman kedudukan liga super untuk mengetahui kedudukan pasukan Kelantan dan negeri negeri lain.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 20 Januari 2012

GHADDAR, MAT YO DAN ANTWI

Kijang melangkah bergaya pada malam ini. 3 gol di jaringkan di Stadium Darul Aman sudah cukup untuk memberi 3 mata buat pasukan The Red Warriors. Seperti di jangka, Peter Butler menurunkan kesebelasan utama yang sering di turunkan dalam perlawanan sebelum ini. Gandingan Mat Yo dan Ghaddar seakan menjadi walaupun ada seketika Ghadar banyak melepaskan peluang yang menarik.

Pada seawal separuh masa pertama, keadaan di lihat seimbang bagi kedua dua pasukan. Serangan bertukar ganti di antara pasukan Kedah dan Kelantan. Pasukan Kedah di lihat sering mengasak melalui jentera serangan di ketuai Khyril Muhymeen serta Badrul Bakhtiar. Namun, benteng pasukan Kelantan serta kecekapan Khairul Fahmi di pintu gol telah banyak mematahkan serangan dari Sang Kenari. 

The Red Warriors terus melakukan serangan dan hasil nya pada minit ke 34, Mat Yo telah di jatuhkan oleh Fauzi Nan. Pengadil tidak teragak agak untuk memberi penalti dan seterus nya memberi kad kuning kepada Fauzi Nan. Akhirnya, Ghaddar mengambil sepakan penalti dengan tenang untuk memberi gol pertama buat Kelantan.

Selepas itu, sedikit ketegangan telah berlaku apabila Sabre Abu di layangkan kad kuning kerana mengasari Ghaddar dan insiden V.Thirumurugan memijak belakang Ghaddar tanpa di sedari oleh pengadil perlawanan. Kedah juga berjaya hampir mendapatkan gol pertama melalui rembatan kencang Faizal Abu Bakar. Namun, palang menjadi penyelamat buat Khairul Fahmi.





                                       Gambar di petik dari facebook Dunia Warriors

Pada separuh masa kedua, Kelantan telah membuat pertukaran dengan memasukkan Dennis Antwi bagi menggantikan Ghaddar untuk menguatkan jentera serangan. Hasilnya, pada minit ke 86, Antwi bijak membuat hantaran kepada Mat Yo melepasi tiga pertahanan Kedah. Mat Yo membuat rembatan leret untuk menewaskan Helmi Eliza. Pada hujung masa tambahan, kecuaian Helmi Eliza untuk mengeluarkan bola dalam kotak penalti berjaya di sambar Dennis Antwi untuk memberi gol ketiga buat The Red Warriors.

Yang pastinya, situasi ini merisaukan jurulatih Kedah untuk menghadapi perlawanan seterusnya yang akan berlangsung 28 Januari nanti. Bagi The Red Warriors, mereka perlu mengekalkan momentum kemenangan untuk perlawanan seterusnya. Kehadiran penyokong juga telah memberi sokongan moral buat pemain di Stadium Darul Aman.

TRWCu juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir untuk memberi sokongan bersama ultras serta pasukan gendang tadi. Muchas Gracias untuk anda semua!!"MISI MERAHKAN HIJAU KUNING" di anggap berjaya. Gambar penyokong di Darul Aman akan di muat turun ke dalam blog dengan kadar yang segera.

Pemain terbaik perlawanan pilihan TRWCu---------> Norshahrul Idlan Talaha.




*Kedudukan liga akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan pada 21 Januari 2012


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 19 Januari 2012

GANDINGAN MAT YO DAN GHADDAR DI TAGIH

Gandingan mantap antara Mat Yo dan Ghaddar terus di tagih untuk perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman pada jumaat ini. Gandingan mereka terbukti hebat selepas menewaskan Johor FC dengan 2-1 pada  hari Selasa yang lalu. Walaupun tenaga import kita yang seakan tidak menyerlah setakakt ini, TRWCu percaya akan kemampuan Ghaddar untuk merobek pertahahan Kedah di Alor Star nanti.

Di bahagian tengah pula, TRWCu menjangkakan Peter Butler akan menurunkan Kapten Piya dan juga Shakir bagi merencanakan gerakan untuk melancarkan serangan. Indra dan Norfarhan juga mungkin terus di beri kepercayaan bagi membantu Mat Yo dan Ghaddar di bahagian depan pasukan Kelantan. Pastinya, Indra akan berusaha untuk menjaringkan gol setelah berbuat demikian pada perlawanan menentang Johor FC.

Di bahagian pertahanan pula, 'back four' yang biasa di gunakan oleh Peter Butler juga mungkin akan terus di kekalkan. Jika Azizi telah pulih dari kecederaan, tempat Farisham bakal di ganti oleh Azizi kembali. Daudsu dan Aziz juga terus di kekalkan untuk membuat 'overlapping' ke bahagian serangan. 

Bagi pasukan Sang Kenari, jurulatih mereka  Nidzam Adha juga pastinya akan menurunkan barisan terkuat bagi mencari kemenangan pertama untuk musim ini. Setelah gagal meraih sebarang kemenangan, mereka juga pastinya resah untuk menghadapi pasukan The Red Warriors. Mereka juga bimbang akan prestasi tenaga import mereka iaitu Daniel Baroni yang bermain di posisi tengah yang kurang memuaskan setakat tiga perlawanan terdahulu.

Setelah mereka kehilangan ramai pemain berpengalaman yang berhijrah ke pasukan lain, pihak pengurusan telah mencari beberapa pemain muda untuk menguatkan jentera pasukan mereka. Di bahagian pertahanan, Kapten Fauzi Nan telah di tugaskan untuk mengemudi pertahanan serta di bantu tiga rakan lain iaitu Azmizi Azmi, Sabree Abu dan Fazliata Taib.

Di bahagian tengah pula, TRWCu menjangkakan Amar Rohidan bakal di turunkan seperti biasa serta di bantu oleh Badrul Bakhtiar. See Kok Leung pula bakal di rehatkan dan mungkin Badrul Bakhtiar akan di turunkan ke dalam kesebelasan utama. Untuk jentera serangan, Khairul Muhymeen serta Abdul Latiff mungkin terus di kekalkan di bahagian hadapan.

TRWCu akan berada di sana untuk memberi semangat dan sorakan kepada pasukan kita. Gomo Klate Gomo!!

Pemain Tumpuan TRWCu adalah : Mat Yo dan Badrul Bakhtiar

Barisan Kemungkinan Pasukan Kelantan pilihan TRWCu:

Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Aziz, Daudsu, Indra, Norfarhan, Piya, Shakir, Mat Yo, Ghaddar

Barisan Kemungkinan Pasukan Kedah pilihan TRWCu:

Abdul Hadi Hamid, Fauzie Nan, Fazliata Taib, Azmizi Azmi, Sabree Abu, Badrul Bakhtiar, Daniel Baroni, Amar Rohidan, Abdul Latiff, Khairul Muhymeen, Fiqri Mat Isa


Jadual perlawanan bagi lain lain pasukan:


Kuala Lumpur vs PKNS
Sabah vs Young Lions
Terengganu vs Tteam
Selangor vs Sarawak
Negeri Sembilan vs Felda United
Johor FC vs Perak


Keputusan perlawanan dan kedudukan liga akan di update selepas tamat semua perlawanan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 17 Januari 2012

MISI MERAHKAN HIJAU KUNING




"MISI MERAHKAN HIJAU KUNING". Inilah misi yang di lancarkan oleh TRWCu bagi perlawanan menentang Sang Kenari di Stadium Darul Aman pada jumaat ini. Misi ini bertujuan untuk menyeru kepada penyokong The Red Warriors yang berada di sekitar utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) untuk bergerak bersama dan bersatu di dalam stadium nanti.

Misi ini pasti tidak mustahil. TRWCu juga menyarankan agar semua penyokong pasukan Kelantan pada malam itu dapat duduk di satu tempat di dalam stadium. TRWCu tidak ingin melihat kita berada berjauhan walau tidak kenal siapa antara kita. Tidak kira lah anda daripada ultras, pasukan gendang, datang bersama family ataupun anda sebagai pelajar. Kita satukan di satu tempat dan bersama sama meriahkan stadium nanti.

TRWCu ingin melihat kekuatan anak jati Kelantan di perantauan. TRWCu pernah lakukan di Stadium Kangar pada musim 2011 yang lalu di mana kita berada bersama wakil ultras dan pasukan gendang. Tinggalkan segala persengketaan dan perbezaan politik di luar stadium. Kita suarakan satu sorakan yang mampu menggegar Stadium Darul Aman. Inilah harapan besar TRWCu kepada semua penyokong pasukan Kelantan. Kita jadikan SDA sebagai titik permulaan penyatuan suara sokongan The Red Warriors.

Pada 20 Januari nanti, banner TRWCu dan bendera gergasi negeri Kelantan akan di gantung di salah satu tempat di stadium. Wakil TRWCu akan memilih lokasi yang strategik dan berhampiran dengan semua penyokong Kelantan. Di situlah nanti semua kita akan berkumpul. Di harap kita mampu merealisasikan harapan besar ini bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

"Satu penyokong, Satu Bendera"

*Konvoi juga akan di adakan jika ada di antara penyokong ingin bergerak bersama wakil TRWCu dari setiap negeri di utara. Makluman akan di maklumkan dari semasa ke semasa di dalam halaman facebook TRWCu serta halaman event "Misi Merahkan Hijau Kuning".Gomo KELATE Gomo!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SI KIJANG MENANG

TAHNIAH!!itulah ucapan TRWCu untuk semua pemain Kelantan pada malam ini. Jaringan Indra Putra dan Mat  Yo telah memadamkan impian Johor FC untuk melakarkan kemenangan di stadium keramat negeri Kelantan. Walaupun pada mula nya di lihat agak susah untuk mencari gol,akhir nya pada minit ke 55 dan 72 gol telah berjaya di hasilkan untuk memungut tiga mata penuh.

Barisan kesebelasan utama Kelantan menentang Johor FC:

Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Daudsu, Aziz, Indra, Norfarhan, Piya, Shakir, Mat Yo, Ghaddar.
Simpanan : Antwi,Rizal Fahmi

Pemain terbaik perlawanan pilihan TRWCu-----> Mat Yo

Penyokong kembali ceria dan mengharapkan rentak kemenangan di teruskan untuk perlawanan di Stadium Darul  Aman nanti pada tanggal 20 januari 2012. TRWCu akan membuat satu "MISI MERAHKAN HIJAU KUNING" di Alor Star nanti.


                                         
                                          Gambar di petik di page Dunia Warriors.


Keputusan lain lain perlawanan :

Felda United 1 vs Selangor 0
Young Lions 2 vs Kuala Lumpur 1
Sarawak 0 vs Terengganu 1
Tteam 0 vs Sabah 0
PKNS Selangor 0 vs Kedah 0
Perak 2 vs Negeri Sembilan 1

*Kedudukan liga super juga telah di update selepas tiga perlawanan. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 15 Januari 2012

KUNJUNGAN SANG TEBUAN

"Sang Tebuan" itulah jolokan nama yang di beri kepada pasukan Johor FC. Pasukan yang di didik oleh bekas jurulatih Selangor, K.Devan sememangnya mampu menggugat kehebatan The Red Warriors. Walaupun selepas dua perlawanan Johor FC berada di kedudukan kelapan liga, K.Devan pasti nya telah mempunyai ramuan yang terbaik bagi melakarkan kemenangan kedua musim ini.

Dengan di barisi pemain berpengalaman seperti, Eddy Helmi dan Khaironissam serta dua bekas pemain Kedah iaitu Fauzi Shaari dan Shafizan Hashim, mereka tampak lebih bersedia dalam mengharungi perlawanan ketiga di Kota Bharu. Walaupun turun tanpa tonggak import,Johor FC telah meletakkan Sharizal Saad selaku penyerang utama.

Bagi pasukan The Red Warriors pula, Peter Butler juga perlu menurunkan barisan terkuat nya bagi menentang Johor FC. Sentuhan Ghaddar dan Mat Yo di tagih oleh peminat setia The Red Warriors. Setakat ini, hanya 3 gol sahaja mampu di sumbangkan oleh barisan pemain Kelantan. Nyata, situasi ini amat merisaukan pihak pengurusan serta penyokong The Red Warriors.

Piya juga harus di turunkan untuk bergandingan bersama Shakir Shaari bagi mencanang jentera yang mantap untuk menghasilkan kemenangan kedua untuk pasukan. Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mungkin di turunkan kembali setelah di rehatkan pada perlawanan menentang PKNS baru baru ini. Kita juga seharusnya memberi sepenuh kepercayaan kepada jurulatih,Peter Butler serta pemain bagi melakarkan kemenangan pada 17 januari nanti. Insyaallah.

GOMO KELATE GOMO!!

Barisan kemungkinan yang akan di turunkan:

Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Daudsu,Aziz Ismail, Piya, Shaakir, Azwan Roya, Indra 
Putra, Mat Yo, Ghaddar.


Perlawanan lain lain pasukan :

Felda United vs Selangor
Young Lions vs Kuala Lumpur
Sarawak vs Terengganu
T-team vs Sabah
Perak vs Negeri Sembilan
Selangor PKNS vs Kedah

Keputusan perlawanan akan di kemaskini selepas perlawanan nanti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 13 Januari 2012

SERI DI TEMPAT SENDIRI

Kesilapan membawa padah.Itulah hakikat perlu di telan oleh pasukan Kelantan serta penyokong setia The Red Warriors.Pada awalnya,ramai berpendapat Kelantan mampu mengalahkan PKNS FC dengan jaringan yang besar.Namun,mungkin kesilapan pertahanan telah menghukum kealpaan pasukan Kelantan yang mendahului dengan jaringan pada minit ke 71 oleh kapten Piya.

Pada separuh masa yang pertama,Peter James Butler menurunkan kesebelasan utama yang boleh di anggap kuat serta mampu menewaskan PKNS FC.Dengan jentera serangan di ketuai Mat Yo dan Dennis Antwi serta di bantu sayap kanan dan kiri iaitu Nurul Azwan Roya serta S.Chanturu.Sebaik perlawanan bermula,serangan sering bertukar ganti namun pertahanan PKNS FC yang di ketuai bekas pemain Kelantan,Azlan Zainal berjaya mengekang serangan daripada The Red Warriors.PKNS FC juga sering melancarkan serangan yang berbahaya dari Rudie Ramli serta rembatan jauh bekas pemain Terengganu,Helmi Remeli.

Selepas tamat separuh masa pertama,jurulatih Kelantan membuat perubahan drastik dengan membuat dua pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman iaitu Indra Putra serta Norfarhan bagi menguatkan jentera serangan Kelantan.Pada minit ke 58,M.Ghaddar telah masuk menggantikan Antwi untuk membantu Mat Yo di hadapan.Hasilnya,pada minit 71,kapten Piya telah berjaya memberi gol pertama kepada pasukan Kelantan.Selepas itu,pada minit ke 79,S.Subramaniam telah melakukan kesilapan dengan membuat hantaran yang perlahan kepada penjaga gol.Penyerang PKNS berjaya menyambar hantaran itu dan Syazwan Yusoff telah melakukan terjahan untuk menyelamatkan gawang.Akhirnya,pengadil telah memberi kad kuning kepada penjaga gol  Kelantan dan juga sepakan penalti.

Piya meraikan gol yang pertama bersama rakan sepasukan.
-gambar di petik dari FB Dunia Warriors-

Selepas itu,Kelantan terus melakukan serangan untuk mencari gol kemenangan dan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.Semoga pasukan The Red Warriors terus bersemangat untuk mengharungi perlawanan seterusnya.Buat yang terbaik!!


*Perlawanan seterusnya adalah pada 17 Januari 2012 menentang Johor FC di Stadium Sultan Mohammed IV.GOMO KELATE GOMO!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 12 Januari 2012

PEMBURUAN TIGA MATA BERHARGA..

Tanggal 13 Januari 2012,PKNS Selangor akan berkunjung ke Stadium Sultan Mohammed ke IV untuk menentang The Red Warriors untuk perlawanan kedua bagi setiap pasukan.Yang pasti nya,PKNS Selangor yang di bimbing Abdul Rahman Ibrahim mahu mencari kemenangan pertama setelah mereka telah mengalami kekalahan pada perlawanan pertama kepada Johor FC.

Bagi skuad The Red Warriors,sememang nya mereka mahu mencari tiga mata berharga untuk mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta liga super 2012.Dengan barisan yang sedia ada,kita mampu membenam pasukan PKNS Selangor.Para penyokong mengharapkan ketua jurulatih pasukan Kelantan,Peter James Butler menurunkan kesebelasan utama yang mantap bagi mencatat kemenangan pertama di tempat sendiri.Di harap penyokong The Red Warriors sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan untuk lebih utuh di persada liga seterus nya mampu mencapai target untuk pemburuan juara liga.

*Siaran langsung juga dapat di saksikan di astro arena 801 pada pukul 8.45 malam.



GOMO KELATE GOMO!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 10 Januari 2012

LANGKAH KANAN PANJI MERAH!!

Tanggal 10 Januari 2012,kemenangan pertama telah tercatat di Stadium Jalan Besar,Singapura.Kehadiran penyokong pasukan tuan rumah gagal menyekat semangat panji merah THE RED WARRIORS untuk memburu 3 mata berharga.Kapten pasukan Kelantan,Piya telah menjalankan tugas dengan baik dan mampu mengekang asakan lawan.Walau bagaimanapun,gol pasukan Kelantan telah di bolosi terlebih dahulu oleh pasukan Singapura dengan tandukan dari sepakan percuma oleh Baihakki Khaizan pada minit 32.

Namun gol itu tidak mematahkan semangat pasukan Kelantan untuk mencari gol penyamaan.Dan hasil nya  pada minit ke 44,hantaran menarik Daudsu berajaya di sambar oleh Mat Yo seterus nya menjadikan kedudukan terikat 1-1.Asakan bertali arus oleh pasukan Kelantan berjaya menghasilkan penalti selepas penyerang import The Red Warriors,Md Ghaddar telah di jatuhkan di dalam kotak penalti.Penalti tersebut berjaya di sudahkan dengan sempurna oleh pemain tersebut pada minit ke 80.

Perlawanan seterusnya akan berlangsung jumaat ini pada 13 Januari 2012 pada pkul 8.45 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-4,Kota Bharu menentang PKNS Selangor.

Siaran langsung juga akan di siarkan di Astro Arena 801.

Keputusan bagi pasukan pasukan lain :

Negeri Sembilan 2 VS Selangor 2
Perak 1 VS Terengganu 0
Felda United 2 VS Sabah 0
Sarawak 2 VS K.Lumpur 0
Tteam 3 VS Kedah 0
PKNS 1 VS Johor FC 2

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed