Sabtu, 28 Januari 2012

KELANTAN TERUS GAH DI PUNCAK LIGA

Kelantan terus membuktikan bahawa The Red Warriors adalah salah satu pasukan yang perlu di geruni oleh pihak lawan. Ternyata kehebatan Si Kijang telah di terjemahkan melalui kemenangan bergaya ke atas Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0 dengan di saksikan ribuan penyokong Kelantan di Stadium Kota Bharu.

Pada awal nya, TRWCu menjangkakan Peter Butler akan menurunkan barisan kedua nya. Akan tetapi, jurulatih tetap optimis menurunkan barisan terkuat nya bagi mencari kemenangan dengan jaringan yang besar. Gandingan Ghaddar dan Mat Yo terus di jadikan sandaran di bahagian hadapan. Kapten Piya dan Shakir juga terus di beri kepercayaan untuk mengemudi jentera tengah bagi mencari gol buat pasukan. Barisan pertahanan juga sama seperti perlawanan sebelum ini di ketuai Subramaniam dan rakan sepasukan.

Pada awal nya, Kelantan di lihat mampu mencapai kemenangan dengan mudah. Namun, Kelantan terus melakukan asakan dan akhir nya pada minit ke 46, Mat Yo berjaya membuat tandukan untuk mendapatkan gol pertama buat pasukan. Pada separuh masa kedua, Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Kapten Piya pada minit ke 72. Lima minit selepas itu, Dennis Antwi telah membuatkan malam penyokong Kelantan meriah dengan jaringan ketiga dan gol kedua peribadi setakat ini.

Pada malam ini, Kelantan membuat pertukaran dengan memasukkan Antwi menggantikan Ghaddar, Zamri Ramli menggantikan Norfarhan dan penyerang muda, Ramzul Zahini menggantikan Mat Yo. TRWCu mengucapkan tahniah buat pasukan dan jurulatih agar terus mencipta kejayaan pada perlawanan menentang Sabah di Likas pada 8 Januari nanti. Gomo KELATE Gomo!!

Pemain terbaik pilihan TRWCu : Piya

Gambar di petik di halaman facebook J Photography

Keputusan lain lain perlawanan :

PKNS 2 vs Sabah 2
Young Lions 0 vs Terengganu 1
Sarawak 2 vs Negeri Sembilan 2
Felda United 1 vs Perak 2
Tteam 1 vs Selangor 2
Kedah 1 vs Johor FC 2

*Kedudukan liga telah di kemaskini. Sila ke halaman kedudukan liga super 2012.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan