Ahad, 18 Mac 2012

DARI LENSA TRWCu :GAMBAR DI SEKITAR STADIUM IPOH (17 MAC 2012)

TRWCutara

SEBAHAGIAN PENYOKONG THE RED WARRIORS


BANNER GERGASI TRWCu



BENDERA DAN BANNER TRWCu


PENYOKONG KITA DI UTARA

RAKAN TRWCu, Kelate.Net

PENGHORMATAN KEPADA PENYOKONG


ULTRAS BERSAMA BANNER TRWCu


SAHABAT TRWCu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 15 Mac 2012

SEHATI SEJIWA TURUN KE STADIUM

SEHATI SEJIWA TURUN KE STADIUMMisi "Sehati Sejiwa Turun Ke Stadium" telah di lancarkan oleh TRWCu bagi memberi sokongan sepenuhnya buat pasukan Kelantan yang akan berkunjung ke Stadium Ipoh nanti. Konvoi akan di mulai di negeri Perlis, di ikuti ke negeri Kedah dan Pulau Pinang. Seterusnya, para penyokong Kelantan di Perak dapat menyambut ketibaan para penyokong The Red Warriors yang akan sampai di Ipoh.

Jika penyokong ingin bergerak bersama sama, wakil TRWCu dari negeri Perlis akan bergerak seawal jam 10 pagi. Selepas itu, kami akan bergerak ke negeri Kedah secara perlahan lahan. Jika ada para penyokong yang berada di Kedah ingin berkonvoi bersama, beritahu lokasi anda. Konvoi ini di jangka akan berkumpul di R&R Bukit Merah untuk solat dan berehat buat seketika.

Konvoi ini di jangka akan menyambung perjalanan pada pukul 2 petang dan akan bergerak terus ke Stadium Ipoh dan akan berkumpul di  kedai Ipoh Bistro untuk bertemu ahli TRWCu yang berada di sekitar Perak.

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi wakil dari setiap negeri.

PERLIS : 0145149659 (DOJAT),0148867597(ASLAN)
KEDAH : 0194717535(SUFYAN),0125265301(FARIS)
PENANG : 0162060091(KHAIRIL)
PERAK : 0129795685 (KAMAL),0193297279(ZUL)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 4 Mac 2012

CHANTURU, 'PENYELAMAT' THE RED WARRIORS





Tanggal 4 mac 2012, Kelantan mencatat kemenangan yang keenam pada musim ini. Perlawanan pertama yang di kendalikan jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang ternyata membuahkan hasil yang berharga buat The Red Warriors. Kesebelasan utama pasukan Kelantan yang di ketuai Kapten Piya serta Ramzul di bahagian serangan ekoran kecederaan yang di alami Mat Yo.

Selepas tiupan wisel untuk separuh masa yang pertama, Kelantan terus melakukan asakan ke arah kubu pertahanan Sang Rusa yang di ketuai oleh G. Mahathevan. Pada minit kedua perlawanan, Kapten Piya akhirnya memecah kebuntuan dengan hasil rembatan dan terkena pertahanan pasukan lawan untuk jaringan gol yang pertama.

Negeri Sembilan juga sering di lihat melakukan serangan melalui dua penyerang berbisa iatu Shakir Ali dan Effa Owona. Selepas itu, Shakir Ali berjaya melakukan jaringan penyamaan buat pasukan Negeri Sembilan. Pada masa kecederaan, S.Chanturu di julang sebagai wira apabila melakukan sepakan ke arah pintu gol pasukan Negeri Sembilan hasil sepakan penjuru oleh Kapten Piya.

Kelantan membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Nwoha, Azwan Roya dan Farisham Ismail yang menggantikan Ramzul, Indra dan Subramaniam. Selepas sembilan perlawanan, Kelantan terus gah di puncak liga super 2012. GOMO kelate GOMO!!

Pemain terbaik perlawanan : S.Chanturu


Keputusan lain lain perlawanan :

Tteam 1 vs Sarawak 0
Sabah 2 vs Johor FC 1
Kedah 1 vs Selangor 0
Kuala Lumpur 0 vs Terengganu 1
PKNS 2 vs Perak 2

*Kedudukan liga super 2012 akan di kemaskini selepas tamat perlawanan Young Lions vs Felda United pada 6 mac nanti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 2 Mac 2012

MAMPUKAH KELANTAN??

Setelah kemelut melanda pasukan Kelantan sejak akhir akhir ini, tanggal 4 Mac bakal menyaksikan pasukan The Red Warriors akan bertemu juara piala sumbangsih edisi 2012, Negeri Sembilan. Pasukan Kelantan juga akan turun buat kali pertama untuk musim ini, tanpa kehadiran Peter James Butler di tepi padang. Namun, TRWCu mengharapkan barisan pemain pasukan Kelantan terus bersemangat untuk menebus kekecewaan di atas kekalahan kepada pasukan Rusa pada perlawanan piala sumbangsih edisi 2012 yang lalu.

The Red Warriors akan turun ke gelanggang sendiri pada 4 Mac nanti tanpa kehadiran tonggak utama yang di belenggu kecederaan. Mat Yo dan Aziz Ismail di jangka tidak dapat di turunkan berikutan kecederaan yang di alami semasa menentang pasukan Sarawak, dua minggu lepas. Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin yang di beri tugas buat sementara waktu bagi mencanang kemenangan juga mungkin risau akan kesebelasan utama yang bakal di turunkan.

Di posisi penjaga gol, TRWCu menjangkakan Khairul Fahmi terus di beri kepercayaan untuk mengisi benteng terakhir pasukan Kelantan. Di bahagian pertahanan pula, TRWCu lebih cenderung untuk melihat Zairul Fitri beraksi di posisi Aziz yang tidak dapat di turunkan nanti. Obinna dan Subra juga di jangkakan akan terus di beri kepercayaan sambil di bantu Daudsu di bek kanan pasukan.

Kapten Piya dan Shakir juga akan mengetuai jentera tengah serta Azwan Roya dan Chanturu bakal mengerakkan sayap di bahagian sayap. Untuk jentera serangan, Indra di jangka akan di turunkan di bahagian hadapan sambil Nwoha juga perlu meningkatkan prestasi selepas di lihat gagal menyerlah setakat ini. Jika tiada pilihan, TRWCu juga ingin melihat penyerang muda, Ramzul Zahini perlu di turunkan jika Nwoha di lihat gagal membantu Indra di bahagian serangan.

Bagi pasukan Rusa pula, Farizal Marlias akan berada di posisi penjaga gol dan akan di bantu empat pemain pertahanan kental mereka termasuklah Mahathevan yang akan menggantikan Norhafiz Zamani Misbah di pertahanan tengah. Di bahagian tengah pula, dua pemain berpengalaman Shukor Adan dan Idris Karim bakal di turunkan sambil di bantu sayap kanan dan kiri iaitu Sharuain dan Kunalan. Penyerang import sensasi mereka, Effa Owana akan di turunkan dan bakal bergandingan bersama penyerang kebangsaan, Shakir Ali.

TRWCu ingin menyeru kepada penyokong pasukan Kelantan agar terus memberi sokongan padu walau apa jua kemelut dan krisis yang di hadapi oleh pengurusan pasukan The Red Warriors. Gomo KELATE Gomo!!
Perlawanan ini juga bakal di siarkan di ARENA 801. Para penyokong yang tidak dapat menghadirkan diri ke stadium juga boleh menyaksikan di "big screen" di sekitar anda.

Pemain tumpuan pilihan TRWCu : Nwoha


Jadual lain lain perlawanan :

2 Mac :
Tteam 1 vs Sarawak 0

3 Mac:
Sabah vs Johor FC
Kedah vs Selangor
Kuala Lumpur vs Terengganu
PKNS vs Perak
Young Lions vs Fekda United

4 Mac :
Kelantan vs Negeri Sembilan

*Keputusan dan kedudukan liga super akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed