Jumaat, 20 Januari 2012

GHADDAR, MAT YO DAN ANTWI

Kijang melangkah bergaya pada malam ini. 3 gol di jaringkan di Stadium Darul Aman sudah cukup untuk memberi 3 mata buat pasukan The Red Warriors. Seperti di jangka, Peter Butler menurunkan kesebelasan utama yang sering di turunkan dalam perlawanan sebelum ini. Gandingan Mat Yo dan Ghaddar seakan menjadi walaupun ada seketika Ghadar banyak melepaskan peluang yang menarik.

Pada seawal separuh masa pertama, keadaan di lihat seimbang bagi kedua dua pasukan. Serangan bertukar ganti di antara pasukan Kedah dan Kelantan. Pasukan Kedah di lihat sering mengasak melalui jentera serangan di ketuai Khyril Muhymeen serta Badrul Bakhtiar. Namun, benteng pasukan Kelantan serta kecekapan Khairul Fahmi di pintu gol telah banyak mematahkan serangan dari Sang Kenari. 

The Red Warriors terus melakukan serangan dan hasil nya pada minit ke 34, Mat Yo telah di jatuhkan oleh Fauzi Nan. Pengadil tidak teragak agak untuk memberi penalti dan seterus nya memberi kad kuning kepada Fauzi Nan. Akhirnya, Ghaddar mengambil sepakan penalti dengan tenang untuk memberi gol pertama buat Kelantan.

Selepas itu, sedikit ketegangan telah berlaku apabila Sabre Abu di layangkan kad kuning kerana mengasari Ghaddar dan insiden V.Thirumurugan memijak belakang Ghaddar tanpa di sedari oleh pengadil perlawanan. Kedah juga berjaya hampir mendapatkan gol pertama melalui rembatan kencang Faizal Abu Bakar. Namun, palang menjadi penyelamat buat Khairul Fahmi.





                                       Gambar di petik dari facebook Dunia Warriors

Pada separuh masa kedua, Kelantan telah membuat pertukaran dengan memasukkan Dennis Antwi bagi menggantikan Ghaddar untuk menguatkan jentera serangan. Hasilnya, pada minit ke 86, Antwi bijak membuat hantaran kepada Mat Yo melepasi tiga pertahanan Kedah. Mat Yo membuat rembatan leret untuk menewaskan Helmi Eliza. Pada hujung masa tambahan, kecuaian Helmi Eliza untuk mengeluarkan bola dalam kotak penalti berjaya di sambar Dennis Antwi untuk memberi gol ketiga buat The Red Warriors.

Yang pastinya, situasi ini merisaukan jurulatih Kedah untuk menghadapi perlawanan seterusnya yang akan berlangsung 28 Januari nanti. Bagi The Red Warriors, mereka perlu mengekalkan momentum kemenangan untuk perlawanan seterusnya. Kehadiran penyokong juga telah memberi sokongan moral buat pemain di Stadium Darul Aman.

TRWCu juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir untuk memberi sokongan bersama ultras serta pasukan gendang tadi. Muchas Gracias untuk anda semua!!"MISI MERAHKAN HIJAU KUNING" di anggap berjaya. Gambar penyokong di Darul Aman akan di muat turun ke dalam blog dengan kadar yang segera.

Pemain terbaik perlawanan pilihan TRWCu---------> Norshahrul Idlan Talaha.




*Kedudukan liga akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan pada 21 Januari 2012


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan