Khamis, 19 Januari 2012

GANDINGAN MAT YO DAN GHADDAR DI TAGIH

Gandingan mantap antara Mat Yo dan Ghaddar terus di tagih untuk perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman pada jumaat ini. Gandingan mereka terbukti hebat selepas menewaskan Johor FC dengan 2-1 pada  hari Selasa yang lalu. Walaupun tenaga import kita yang seakan tidak menyerlah setakakt ini, TRWCu percaya akan kemampuan Ghaddar untuk merobek pertahahan Kedah di Alor Star nanti.

Di bahagian tengah pula, TRWCu menjangkakan Peter Butler akan menurunkan Kapten Piya dan juga Shakir bagi merencanakan gerakan untuk melancarkan serangan. Indra dan Norfarhan juga mungkin terus di beri kepercayaan bagi membantu Mat Yo dan Ghaddar di bahagian depan pasukan Kelantan. Pastinya, Indra akan berusaha untuk menjaringkan gol setelah berbuat demikian pada perlawanan menentang Johor FC.

Di bahagian pertahanan pula, 'back four' yang biasa di gunakan oleh Peter Butler juga mungkin akan terus di kekalkan. Jika Azizi telah pulih dari kecederaan, tempat Farisham bakal di ganti oleh Azizi kembali. Daudsu dan Aziz juga terus di kekalkan untuk membuat 'overlapping' ke bahagian serangan. 

Bagi pasukan Sang Kenari, jurulatih mereka  Nidzam Adha juga pastinya akan menurunkan barisan terkuat bagi mencari kemenangan pertama untuk musim ini. Setelah gagal meraih sebarang kemenangan, mereka juga pastinya resah untuk menghadapi pasukan The Red Warriors. Mereka juga bimbang akan prestasi tenaga import mereka iaitu Daniel Baroni yang bermain di posisi tengah yang kurang memuaskan setakat tiga perlawanan terdahulu.

Setelah mereka kehilangan ramai pemain berpengalaman yang berhijrah ke pasukan lain, pihak pengurusan telah mencari beberapa pemain muda untuk menguatkan jentera pasukan mereka. Di bahagian pertahanan, Kapten Fauzi Nan telah di tugaskan untuk mengemudi pertahanan serta di bantu tiga rakan lain iaitu Azmizi Azmi, Sabree Abu dan Fazliata Taib.

Di bahagian tengah pula, TRWCu menjangkakan Amar Rohidan bakal di turunkan seperti biasa serta di bantu oleh Badrul Bakhtiar. See Kok Leung pula bakal di rehatkan dan mungkin Badrul Bakhtiar akan di turunkan ke dalam kesebelasan utama. Untuk jentera serangan, Khairul Muhymeen serta Abdul Latiff mungkin terus di kekalkan di bahagian hadapan.

TRWCu akan berada di sana untuk memberi semangat dan sorakan kepada pasukan kita. Gomo Klate Gomo!!

Pemain Tumpuan TRWCu adalah : Mat Yo dan Badrul Bakhtiar

Barisan Kemungkinan Pasukan Kelantan pilihan TRWCu:

Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Aziz, Daudsu, Indra, Norfarhan, Piya, Shakir, Mat Yo, Ghaddar

Barisan Kemungkinan Pasukan Kedah pilihan TRWCu:

Abdul Hadi Hamid, Fauzie Nan, Fazliata Taib, Azmizi Azmi, Sabree Abu, Badrul Bakhtiar, Daniel Baroni, Amar Rohidan, Abdul Latiff, Khairul Muhymeen, Fiqri Mat Isa


Jadual perlawanan bagi lain lain pasukan:


Kuala Lumpur vs PKNS
Sabah vs Young Lions
Terengganu vs Tteam
Selangor vs Sarawak
Negeri Sembilan vs Felda United
Johor FC vs Perak


Keputusan perlawanan dan kedudukan liga akan di update selepas tamat semua perlawanan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan