Selasa, 17 Januari 2012

MISI MERAHKAN HIJAU KUNING




"MISI MERAHKAN HIJAU KUNING". Inilah misi yang di lancarkan oleh TRWCu bagi perlawanan menentang Sang Kenari di Stadium Darul Aman pada jumaat ini. Misi ini bertujuan untuk menyeru kepada penyokong The Red Warriors yang berada di sekitar utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) untuk bergerak bersama dan bersatu di dalam stadium nanti.

Misi ini pasti tidak mustahil. TRWCu juga menyarankan agar semua penyokong pasukan Kelantan pada malam itu dapat duduk di satu tempat di dalam stadium. TRWCu tidak ingin melihat kita berada berjauhan walau tidak kenal siapa antara kita. Tidak kira lah anda daripada ultras, pasukan gendang, datang bersama family ataupun anda sebagai pelajar. Kita satukan di satu tempat dan bersama sama meriahkan stadium nanti.

TRWCu ingin melihat kekuatan anak jati Kelantan di perantauan. TRWCu pernah lakukan di Stadium Kangar pada musim 2011 yang lalu di mana kita berada bersama wakil ultras dan pasukan gendang. Tinggalkan segala persengketaan dan perbezaan politik di luar stadium. Kita suarakan satu sorakan yang mampu menggegar Stadium Darul Aman. Inilah harapan besar TRWCu kepada semua penyokong pasukan Kelantan. Kita jadikan SDA sebagai titik permulaan penyatuan suara sokongan The Red Warriors.

Pada 20 Januari nanti, banner TRWCu dan bendera gergasi negeri Kelantan akan di gantung di salah satu tempat di stadium. Wakil TRWCu akan memilih lokasi yang strategik dan berhampiran dengan semua penyokong Kelantan. Di situlah nanti semua kita akan berkumpul. Di harap kita mampu merealisasikan harapan besar ini bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

"Satu penyokong, Satu Bendera"

*Konvoi juga akan di adakan jika ada di antara penyokong ingin bergerak bersama wakil TRWCu dari setiap negeri di utara. Makluman akan di maklumkan dari semasa ke semasa di dalam halaman facebook TRWCu serta halaman event "Misi Merahkan Hijau Kuning".Gomo KELATE Gomo!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan