Khamis, 22 Ogos 2013

FINAL PIALA FA DICEMARI DADAH!!
Kelana Jaya: Salah seorang pemain pasukan finalis Piala FA pada 29 Jun lalu didapati bersalah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan berkemungkinan bakal berdepan hukuman berat digantung seumur hidup Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tertuduh yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan didapati bersalah selepas positif dadah menerusi ujian doping selepas perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, berakhir.
Dalam aksi kemuncak Piala FA itu, Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan hasil kemenangan 1-0.
Bagaimanapun Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak tanah air itu yang bersidang semalam memutuskan untuk menangguhkan dulu hukuman ke atas pemain berkenaan bagi memberi peluang kepada tertuduh dan pihak persatuan bola sepak terbabit memberikan keterangan minggu depan.
“Ini membabitkan hukuman ke atas pemain itu, jadi kita berpendapat untuk berlaku adil bagi pihak pemain dan persatuan bola sepak berkenaan supaya hadir memberi keterangan. Apa yang saya boleh maklumkan, hukuman maksimum gantung seumur hidup boleh dikenakan bagi kesalahan seperti ini,” kata pengerusinya Datuk Taufek Abd Razak yang enggan mendedahkan nama pemain itu sehingga hukuman dijatuhkan.
Menurut Taufek, keputusan ujian doping itu diketahui serta merta pada malam perlawanan itu dan mereka sudah memaklumkan kepada pemain dan pihak persatuan pasukan terbabit untuk melakukan ujian doping kali kedua jika tidak berpuas hati dengan keputusan ujian pertama itu namun tiada sebarang tindakan diambil.
“Selepas keputusan ujian doping yang pertama dikeluarkan, bukan tanggung jawab FAM lagi untuk membuat ujian kali kedua ke atas pemain itu. Berdasarkan surat pada 19 Julai 2013, kami sudah memaklumkan kepada pasukan berkenaan supaya membuat ujian kedua jika tidak berpuas hati dan ujian itu hendaklah dilakukan di India (WADA, Agensi Anti-Doping Dunia) dalam tempoh tujuh hari.
“Tapi mereka tidak memaklumkan kepada kami sama ada ujian kedua itu dilakukan ataupun tidak,” katanya.
Namun Taufek menjelaskan kesalahan itu hanya membabitkan pemain dan pasukan terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan.
Dalam mesyuarat yang berlangsung hampir lima jam itu, Taufek memaklumkan Johor DT dan Pahang turut dikenakan denda atas kekecohan penyokong yang berlaku pada perlawanan Liga Super musim ini.
Beliau berkata, Johor DT didapati bersalah atas dua daripada tuduhan yang dikenakan ke atas mereka pada perlawanan menentang Selangor di Larkin pada 6 Julai lalu dan didenda sebanyak RM25,000.
“Johor DT mengaku bersalah dan dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan penyokong membaling gulungan resit ke dalam padang manakala didenda RM15,000 kerana kesalahan penyokong membakar suar. Namun pihak jawatankuasa membatalkan tuduhan ketiga membabitkan keselamatan penyokong di stadium itu.
“Pahang pula dijatuhkan hukuman denda RM35,000 kerana sebagai tuan rumah gagal menyediakan anggota keselamatan selepas tamat perlawanan dengan LionsXII pada 17 Mei 2013. Pahang didapati bersalah meskipun mereka memfailkan pembelaan,” katanya yang mengarahkan Johor DT dan Pahang supaya menjelaskan denda berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemberitahuan diterima. Menurut Taufek, bagi mengelakkan konflik kepentingan beliau tidak mempengerusikan kes membabitkan Pahang sebaliknya kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pengerusinya, Adenan Osman.

PERLAWANAN KE 2 WATSON PIALA MALAYSIA 2013


KEPUTUSAN WATSON PIALA MALAYSIA 2013 (20 OGOS 2013)


KUMPULAN A

ATM  3 vs Sime Darby 4
Johor 0  vs Selangor 0

KUMPULAN B

Felda Utd 0 vs T-team 1
PKNS FC 2 vs Johor DT 0

KUMPULAN C

Pahang 1 vs Kelantan 1
Terengganu 0 vs Negeri Sembilan 2

KUMPULAN D

Lions XII 2 vs Kedah 2
Perak 2 vs Sarawak 1

KELANTAN BAWA PULANG 1 MATA


Juara bertahan, Kelantan memulakan misi mempertahankan Piala Malaysia dengan mencatat keputusan seri 1-1 menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada aksi yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain, pada Selasa. 


Meskipun berjaya merebut pendahuluan seawal minit kesembilan menerusi percubaan cantik kapten, Badhri Radzi, Kelantan gagal untuk mencari tambahan jaringan tatkala Indra Putra Mahayudin, Dickson Nwakaeme dan Fakri Saarani mensesiakan beberapa peluang terbuka di depan gol. 

Aksi menarik yang disajikan kedua-dua pasukan, tiba-tiba bertukar panas apabila Fakri dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Hafiz Kamal - dia terdahulu menerima layangan kad kuning pertama kerana sengaja merebahkan diri di dalam kotak penalti. 

Rentak Kelantan yang beraksi dengan 10 pemain kemudiannya sedikit terencat dan terpaksa melakukan beberapa rombakan pada barisan pemain hingga memaksa Bojan Hodak untuk mengorbankan Piya dan membawa masuk Norfarhan Mohd. 

Pahang yang bernafsu mencari gol penyamaan beberapa kali menguji ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat, namun giliran skuad bimbingan Dollah Salleh itu pula untuk beraksi dengan 10 pemain apabila R.Surendran dilayangkan kad merah kerana menyepak pemain pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaludin. 

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kemenangan buat pasukan pelawat, tandukan Damion Delano Stewart pada minit ke-85 menghadiahkan gol penyamaan buat Pahang sekaligus memastikan kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata. 

Kelantan akan menentang Terengganu di Kota Bharu selepas ini manakala Pahang bertandang ke Paroi untuk bertemu Negeri Sembilan.



Info : theredwarriorsfc

PERTEMBUNGAN MARUAH






KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menganggap pertembungan menentang Tampines Rovers pada Kejuaraan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mirip kepada perhitungan maruah antara dua negara iaitu Malaysia dengan Singapura.


Badhri atau Piya berkata, meskipun bakal berdepan cabaran sengit daripada juara Piala FA Singapura itu, Kelantan akan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada The Red Warriors.


"Kalau boleh, kami mahu jaga maruah negara. Saya melihat pertembungan ini bukan sekadar aksi antara kelab, malah ia lebih kepada mengembalikan semula maruah negara selepas kita menyerahkan kejuaraan Liga Super kepada Lions XII.


"Jadi, inilah peluang terbaik buat Kelantan untuk menebus kekecewaan tersebut dengan merangkul kejuaraan ini, sekali gus mengembalikan semula reputasi bola sepak negara," katanya semalam.


Kejohanan yang julung kali diperkenalkan oleh FAM dan FAS itu akan berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos depan.


Selain Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menggalas tugas negara dan akan berdepan dengan juara Piala Singapura, Warriors FC.

Pertemuan antara Kelantan dengan Tampines Rovers akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Pada perlawanan tersebut, Kelantan bakal kehilangan enam tonggak utamanya yang menggalas tugas bersama skuad Harimau Malaya iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Shakir Shaari, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim dan Mohd. Nor Farhan Mohammad.
Mengulas mengenai kehilangan enam tonggak berkenaan, Piya mengakui, ia mungkin menjejaskan sedikit persiapan pasukan pada pertemuan tersebut.
Namun, dia optimis pengendali Kelantan, Bojan Hodak mempunyai ramuan tersendiri untuk mengekang asakan Tampines Rovers.
"Kita masih mempunyai beberapa tonggak mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain tersebut. Inilah peluang terbaik buat pemain yang jarang beraksi untuk membuktikan kemampuan kepada jurulatih," ujarnya.
YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

Anugerah Pemain Terbaik Liga Super 2013 -By
Goal.com


BEST GOALKEEPER - IZWAN MAHMUD
(LIONSXII)
BEST DEFENDER - MAHALI JASULI (SELANGOR)
BEST MIDFIELDER - BADRI RADZI (KELANTAN)
BEST STRIKER - MARLON JAMES (ATM)
BEST FOREIGN PLAYER - MARLON JAMES
(ATM)
BEST COACH - V. SUNDRAMOORTHY (LIONSXII)
BEST YOUNGSTER - NIK SHAHRUL (KELANTAN)
BEST TRANSFER - FAUZI ROSLAN (PAHANG)

BEST PLAYER --> BADRI RADZI (KELANTAN)


PIYA KEMUKA SURAT TUNJUK SEBAB
KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi tidak
mahu kegagalannya melaporkan diri ke kem
latihan skuad Harimau Malaya sejak Khamis lalu
disalaherti oleh mana-mana pihak.
Bagi mengelakkan sebarang salah faham, Badhri
atau lebih senang disapa Piya mengambil
keputusan untuk melaporkan diri bagi mengikut
kem latihan Harimau Malaya semalam.
Piya turut membawa surat tunjuk sebab serta
laporan perubatan sebagaimana yang
dikehendaki Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM).

Menurut Piya, surat tunjuk sebab serta laporan
perubatan berkenaan akan diserahkan kepada
FAM sebaik dia melaporkan diri ke kem latihan
tersebut.

"Saya akui wujud sedikit salah faham dalam isu
ini. Kegagalan melaporkan diri ke kem latihan,
bukan bermakna saya ingkar kepada jurulatih
(Datuk K. Rajagobal) dan pasukan.

"Saya berharap FAM dapat menerima surat
tunjuk sebab serta laporan perubatan dan
membuat keputusan seadilnya berhubung isu
ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengakalan Chepa di
Kota Bharu semalam.

Piya berharap keputusannya untuk melaporkan
diri ke kem latihan semalam mampu menepis
segala tohmahan yang mengatakan dia enggan
menabur bakti bersama skuad Harimau Malaya.

Kosmo! semalam melaporkan Piya bersedia
menjawab surat tunjuk sebab yang dikemukakan
FAM berhubung kegagalannya melaporkan diri
pada sesi latihan Harimau Malaya yang bermula
Khamis lalu.

Piya berkata, dia akan mengemukakan laporan
pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh doktor
di Kota Bharu, Kelantan sehari selepas
berakhirnya saingan Liga Super menentang
Lions XII pada 6 Julai lalu.

Ditanya sama ada dia bersedia menggalas tugas
untuk mengemudi jentera tengah skuad negara,
perancang tengah Kelantan itu memberitahu:
"Saya bersedia dengan tugas tersebut dan
berjanji memberikan aksi terbaik bersama
Harimau Malaya.

"Jikalau ada peluang memimpin jentera tengah
negara, saya bertekad memberikan aksi terbaik
bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh
jurulatih.

"Bagaimanapun, semua itu terpulang kepada
jurulatih. Saya selaku pemain yang memberikan
aksi terbaik sekiranya diberikan peluang," kata
Piya.

Piya antara tujuh pemain Kelantan termasuk
Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd. Shahrul Azim
Ab Halim, Azizi Mat Rose, Mohd. Shakir Shaari,
Mohd. Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri
Saarani yang dipanggil menjalani kem latihan
Harimau Malaya.


TAHNIAH!!!!
TRWCU mengucapkan TAHNIAH kepada Penyerang pasukan Kelantan Norfarhan Muhammad dan pasangannya Suhaida yang dikurniakan cahaya mata lelaki sebentar tadi (10/07/2013). No 10 adalah no kegemaran Farhan dan secara kebetulan anaknya dilahirkan pada tarikh 10. Kami doakan anak dan isteri dalam keadaan sihat. Semoga dengan kehadiran orang baru membawa makna dalam hidup Farhan dan agar beliau terus cemerlang dalam kariernya.


HADIAH KEMENANGAN, ISENTIF LIGA-M AKAN DIKREDITKAN DALAM AKAUN PASUKAN HARI INI
Kelana Jaya: Semua pemenang Liga Malaysia (Liga-M) membabitkan Liga Super, Liga Perdana dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing, hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim ini.

Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Selain itu, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 dan bawah 14 hampir RM200,000 turut dikreditkan hari ini termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000.

Wang tunai RM8 juta

“Semua bayaran itu membabitkan wang tunai kira-kira RM8 juta. Mungkin persatuan negeri dan kelab yang menang mahu memberi bonus kepada pegawai serta pemain mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis meraikan perpisahan bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM, di sini, semalam.

Beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga-M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Hamidin berkata, juara Liga Super memperoleh RM750,000, naib juara RM450,000 dan tempat ketiga RM300,000 manakala bagi juara Liga Perdana menerima RM300,000, naib juara RM150,000 dan tempat ketiga RM75,000. “Bagi juara Liga FAM pula, hadiah kemenangan yang diterima berjumlah RM60,000 dan naib juara RM30,000,” katanya.





PENJARING TERBANYAK KELANTAN

untuk saingan Liga Super musim 2013, penjaring terbanyak Kelantan adalah Norfarhan, Indra Putra dan Piya dengan masing-masing 6 gol. Secara keseluruhan setakat berakhirnya Liga Super + Piala FA+ Piala AFC, penjaring terbanyak Kelantan adalah tidak lain kapten, PIYA (12 gol), pemain terbaik Liga M ketika ini..

GAMBAR : YUSRAN YUSOFF




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed