Ahad, 4 Mac 2012

CHANTURU, 'PENYELAMAT' THE RED WARRIORS





Tanggal 4 mac 2012, Kelantan mencatat kemenangan yang keenam pada musim ini. Perlawanan pertama yang di kendalikan jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang ternyata membuahkan hasil yang berharga buat The Red Warriors. Kesebelasan utama pasukan Kelantan yang di ketuai Kapten Piya serta Ramzul di bahagian serangan ekoran kecederaan yang di alami Mat Yo.

Selepas tiupan wisel untuk separuh masa yang pertama, Kelantan terus melakukan asakan ke arah kubu pertahanan Sang Rusa yang di ketuai oleh G. Mahathevan. Pada minit kedua perlawanan, Kapten Piya akhirnya memecah kebuntuan dengan hasil rembatan dan terkena pertahanan pasukan lawan untuk jaringan gol yang pertama.

Negeri Sembilan juga sering di lihat melakukan serangan melalui dua penyerang berbisa iatu Shakir Ali dan Effa Owona. Selepas itu, Shakir Ali berjaya melakukan jaringan penyamaan buat pasukan Negeri Sembilan. Pada masa kecederaan, S.Chanturu di julang sebagai wira apabila melakukan sepakan ke arah pintu gol pasukan Negeri Sembilan hasil sepakan penjuru oleh Kapten Piya.

Kelantan membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Nwoha, Azwan Roya dan Farisham Ismail yang menggantikan Ramzul, Indra dan Subramaniam. Selepas sembilan perlawanan, Kelantan terus gah di puncak liga super 2012. GOMO kelate GOMO!!

Pemain terbaik perlawanan : S.Chanturu


Keputusan lain lain perlawanan :

Tteam 1 vs Sarawak 0
Sabah 2 vs Johor FC 1
Kedah 1 vs Selangor 0
Kuala Lumpur 0 vs Terengganu 1
PKNS 2 vs Perak 2

*Kedudukan liga super 2012 akan di kemaskini selepas tamat perlawanan Young Lions vs Felda United pada 6 mac nanti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan