Jumaat, 2 Mac 2012

MAMPUKAH KELANTAN??

Setelah kemelut melanda pasukan Kelantan sejak akhir akhir ini, tanggal 4 Mac bakal menyaksikan pasukan The Red Warriors akan bertemu juara piala sumbangsih edisi 2012, Negeri Sembilan. Pasukan Kelantan juga akan turun buat kali pertama untuk musim ini, tanpa kehadiran Peter James Butler di tepi padang. Namun, TRWCu mengharapkan barisan pemain pasukan Kelantan terus bersemangat untuk menebus kekecewaan di atas kekalahan kepada pasukan Rusa pada perlawanan piala sumbangsih edisi 2012 yang lalu.

The Red Warriors akan turun ke gelanggang sendiri pada 4 Mac nanti tanpa kehadiran tonggak utama yang di belenggu kecederaan. Mat Yo dan Aziz Ismail di jangka tidak dapat di turunkan berikutan kecederaan yang di alami semasa menentang pasukan Sarawak, dua minggu lepas. Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin yang di beri tugas buat sementara waktu bagi mencanang kemenangan juga mungkin risau akan kesebelasan utama yang bakal di turunkan.

Di posisi penjaga gol, TRWCu menjangkakan Khairul Fahmi terus di beri kepercayaan untuk mengisi benteng terakhir pasukan Kelantan. Di bahagian pertahanan pula, TRWCu lebih cenderung untuk melihat Zairul Fitri beraksi di posisi Aziz yang tidak dapat di turunkan nanti. Obinna dan Subra juga di jangkakan akan terus di beri kepercayaan sambil di bantu Daudsu di bek kanan pasukan.

Kapten Piya dan Shakir juga akan mengetuai jentera tengah serta Azwan Roya dan Chanturu bakal mengerakkan sayap di bahagian sayap. Untuk jentera serangan, Indra di jangka akan di turunkan di bahagian hadapan sambil Nwoha juga perlu meningkatkan prestasi selepas di lihat gagal menyerlah setakat ini. Jika tiada pilihan, TRWCu juga ingin melihat penyerang muda, Ramzul Zahini perlu di turunkan jika Nwoha di lihat gagal membantu Indra di bahagian serangan.

Bagi pasukan Rusa pula, Farizal Marlias akan berada di posisi penjaga gol dan akan di bantu empat pemain pertahanan kental mereka termasuklah Mahathevan yang akan menggantikan Norhafiz Zamani Misbah di pertahanan tengah. Di bahagian tengah pula, dua pemain berpengalaman Shukor Adan dan Idris Karim bakal di turunkan sambil di bantu sayap kanan dan kiri iaitu Sharuain dan Kunalan. Penyerang import sensasi mereka, Effa Owana akan di turunkan dan bakal bergandingan bersama penyerang kebangsaan, Shakir Ali.

TRWCu ingin menyeru kepada penyokong pasukan Kelantan agar terus memberi sokongan padu walau apa jua kemelut dan krisis yang di hadapi oleh pengurusan pasukan The Red Warriors. Gomo KELATE Gomo!!
Perlawanan ini juga bakal di siarkan di ARENA 801. Para penyokong yang tidak dapat menghadirkan diri ke stadium juga boleh menyaksikan di "big screen" di sekitar anda.

Pemain tumpuan pilihan TRWCu : Nwoha


Jadual lain lain perlawanan :

2 Mac :
Tteam 1 vs Sarawak 0

3 Mac:
Sabah vs Johor FC
Kedah vs Selangor
Kuala Lumpur vs Terengganu
PKNS vs Perak
Young Lions vs Fekda United

4 Mac :
Kelantan vs Negeri Sembilan

*Keputusan dan kedudukan liga super akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan: