Selasa, 31 Januari 2012

SELAMAT DATANG OBINNA NWANEIRI!!


Obinna Nwaneiri. Itulah nama pemain import terbaru bagi pasukan The Red Warriors. Pemain yang bermain di posisi pertahanan ini di jangka akan menguatkan pertahanan pasukan Kelantan yang di lihat sedikit goyah pada perlawanan yang lalu. Pihak pengurusan telah mengambil pemain ini berdasarkan pasukan TRW ketiadaan pemain import di posisi pertahanan.

Sebelum ini, Kelantan telah mengambil empat pemain import bagi menguatkan kesebelasan utama pasukan. Namun, dua pemain import Emmanuel Okine dan Zakaria Charara di katakan telah di pinjam ke pasukan Kuala Lumpur dan di bayar gaji sepenuh nya oleh pasukan dari ibu kota itu. Manakala dua pemain import lagi bagi pasukan Kelantan adalah Ghaddar dan Dennis Antwi.

Prestasi semasa Ghadar amat merisaukan kem pasukan Kelantan dan juga penyokong setia The Red Warriors. Akan tetapi, penyerang Dennis Antwi di lihat semakin serasi di bahagian serangan bersama Mat Yo dan dia juga telah mampu menghasilkan dua jaringan berharga pada perlawanan yang lalu.

Bekas pemain Nigeria ini telah menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan dan di jangka di turunkan untuk bertemu di perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan kendalian K.Rajagopal. Pemain lain yang akan turut di uji oleh pengurusan Kelantan adalah Samad Okoucha dari Ghana. Pemain ini di jangka akan di turunkan menentang Balistier FC pada 4 Februari di Stadium Kota Bharu.

TRWCu mengharapkan dengan kehadiran pemain import terbaru ini mampu mengukuhkan pasukan Kelantan dan mampu memberi hasil untuk terus kekal di puncak liga. Gomo KELATE Gomo!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan