Isnin, 6 Februari 2012

KIJANG TERBANG KE BORNEO


Rabu ini, pasukan The Red Warriors akan berkunjung ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Sememangnya pasukan Kelantan memerlukan kemenangan yang selesa untuk terus menerajui liga. Peter James Butler juga telah mula mencongak kesebelasan utama nya yang mampu merobek benteng pertahahan pasukan Sabah. Anak buah Justin Ganai juga pastinya akan memburu kemenangan di tempat sendiri untuk memberi kekuatan buat penyokong "Sabahawks".

Walaupun pasukan Kelantan kini di belenggu masalah prestasi pemain import, jurulatih Kelantan terus menaruh kepercayaan seratus peratus terhadap pasukan. Sebelum ini, Kelantan telah tewas dua perlawanan persahabatan  yang lalu ketika menentang Malaysia dan BKFC dari Singapura. Pencarian import juga terus di teruskan setelah dua pemain import yang baru di uji juga kurang memberangsangkan.

Kesebelasan utama yang di jangka pada hari rabu nanti juga mungkin berubah dari segi pemain nya. Di bahagian pertahanan, TRWCu menjangkakan jurulatih akan menurunkan import terbaru mereka iaitu Obina Nwanieri yang sudah di ikat kontrak. Pemain ini akan di bantu tiga pemain lain di bahagian pertahanan iaitu Aziz, Daudsu atau Subra.

Di bahagian tengah pula, sememangnya tiada pilihan lain yang akan di turunkan. Gandingan serasi kapten Piya serta Shakir mampu menggugat pertahanan pasukan Sabah. Indra juga mungkin akan terus di kekalkan berikutan prestasi yang baik pada perlawanan persahabatan yang lalu. Untuk di sebelah kiri, TRWCu merasakan Azwan Roya perlu di turunkan setelah prestasi nya yang baik ketika di perlawanan persahabatan untuk menggantikan Norfarhan.

Untuk di bahagian serangan, Mat Yo di jangka akan terus di kekalkan kerana dia adalah penjaring utama buat pasukan setakat ini.Gandingan untuk nya juga menjadi tanda tanya antara Dennis Antwi atau Ghaddar. Bagi TRWCu, jurulatih Peter Butler perlu optimis menurunkan Ghaddar walaupun dia di lihat seakan buntu mencari gol. Dennis Antwi mungkin di letakkan sebagai supersub untuk menggantikan Ghaddar.

Bagi pasukan Sabah, mereka juga mempunyai ramuan yang tersendiri. Di posisi penjaga gol, Azizon Kadir akan terus di kekalkan untuk perlawanan keenam nanti. Di bahagian pertahanan pula, TRWCu menjangkakan Rethaudin Embran akan mengetuai pertahanan serta di bantu Sumardi Hajalan, Zuraindey Jumai dan Rosdin Wasli.

Di bahagian tengah, Justin Ganai mempunyai  pemain import di posisi ini iaitu Brendan Gan. Untuk jentera serangan, Bobby Gonzales di jangka akan bergandingan bersama penyerang import mereka iaitu Micheal Baird dari Australia. 

TRWCu mengharapkan pasukan The Red Warriors mampu mengekang asakan lawan dan dapat mencari kemenangan di negeri di bawah bayu nanti. Walau apa percaturan jurulatih Peter Butler, TRWCu terus tetap menyokong setia di belakang panji The Red Warriors.Gomo KELATE Gomo!!

Pemain tumpuan TRWCu : Obina Nwaneiri

Barisan kemungkinan Kelantan pilihan TRWCu :

Khairul Fahmi, Aziz, Daudsu, Subra, Obina, Piya, Shakir, Indra, Azwan Roya, Mat Yo, Ghaddar

Barisan kemungkinan Sabah pilihan TRWCu :

Azizon Abd Kadir, Rethauddin Embran, Sumarji Hajalan, Zuraindey Jumai, Rosdin Wasli, Brendan Gan, K Thanaraj, Shahrul Azhar Ture, Shahrudin Yaakup, Bobby Gonzalez, Micheal Baird.

Jadual perlawanan bagi lain lain pasukan :

Kuala Lumpur vs Kedah
Terengganu vs PKNS
Selangor vs Young Lions
Negeri Sembilan vs Tteam
Perak vs Sarawak
Johor FC vs Felda United

*Keputusan perlawanan dan kedudukan liga akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan