Rabu, 8 Februari 2012

BADAK IKAT KIJANG

Gambar di petik dari halaman facebook Dunia Warriors


Di Stadium Likas, Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri apabila turun bertemu dengan pasukan Sang Badak. Selepas dua perlawanan persahabatan terdahulu, malam ini juga Kijang tidak dapat menemui rentak kemenangan untuk memberi tiga mata buat pasukan. Walau bagaimanapun, anak buah Justin Ganai juga bermain cemerlang pada malam ini bagi menafikan gol untuk Kelantan.

Pasukan Sabah di lihat menguasai keseluruhan perlawanan walaupun ada sesekali The Red Warriors membuat serangan yang mampu menghasilkan jaringan. Kelantan juga menurunkan pemain import terbaru, Obina Nwaneiri bagi mengetuai benteng pertahanan bersama Subramaniam.


Kelicikan pemain import Sabah iaitu Micheal Baird juga sering kali mencemaskan kubu pertahanan pasukan Kelantan serta penyerang sensasi mereka Bobby Gonzales. Bagi pasukan The Red Warriors, Ghaddar juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun nasib tidak menyebelahi pemain tersebut.

Untuk perlawanan seterusnya, pasukan Kelantan akan melayani kunjungan pasukan Terengganu di Stadium Kota Bharu pada 11 Februari, sabtu ini. Peter James Butler juga mungkin mencari jalan yang terbaik untuk mencatatkan kemenangan di tempat sendiri nanti. TRWCu mengharapkan pasukan Kelantan akan kembali menerajui liga dan mengekalkan momentum kemenangan.

Keputusan lain lain perlawanan :

Kuala Lumpur 0 vs Kedah 1
Terengganu 1 vs  PKNS 1
Selangor 1 vs Young Lions 1
Negeri Sembilan vs 2 Tteam 1
Perak 2 vs Sarawak 1
Johor FC 1 vs Felda 1

Kedudukan liga super terkini juga telah di kemaskini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan