Jumaat, 10 Februari 2012

"PETEH" VS "GOMO"

Seteru utama, Kelantan dan Terengganu akan turun ke gelanggang untuk perlawanan ketujuh malam ini. Semestinya perlawanan ini menjadi tumpuan buat semua pasukan dalam liga super. Pasukan Kelantan di lihat akan di beri tentangan sengit oleh pasukan Terengganu yang turut di perkuatkan oleh penyerang import mereka Franky Doe.

Yang pastimya, jurulatih Peter Butler juga mempunyai resepi yang terbaik untuk memecah benteng pertahanan pasukan Penyu itu nanti. Setelah mencatat keputusan seri dengan pasukan Sabah pada 8 Februari lepas, penyokong setia The Red Warriors kian gusar akan prestasi pasukan kesayangan mereka.

TRWCu melihat jurulatih akan tetap menurunkan kesebelasan utama yang sering di turunkan untuk perlawanan yang lalu. Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi di lihat akan di turunkan bagi mengekang serangan dari pasukan Terengganu. Untuk "back four", 3 pemain wajib yang sering di turunkan adalah Daudsu,Subra dan Aziz Ismail. Pemain import terbaru, Obina Nwaneiri juga akan bergandingan bersama Subra untuk berada di pertahanan tengah.

Jentera tengah juga akan terus di pacu oleh Piya dan Shakir bagi menjana gerakan yang menarik untuk serangan terahadap lawan. Indra dan Norfarhan juga di jangka akan di turunkan ataupun Azwan Roya akan mengisi posisi Norfarhan. Di bahagian serangan, Mat Yo akan bergandingan bersama Ghadar bagi menghasilkan gol awal buat pasukan. Khidmat Ghaddar terus di tagih bagi merobek kubu pertahanan Terengganu kerana pasukan Kelantan tiada pilihan import lain di bahagian serangan.

Bagi anak buah Mat Zan Mat Aris, mereka juga mengidam tiga mata berharga di kubu kuat pasukan Kelantan ini. TRWCu mengjangkakan pertahanan akan di ketuai Marzuki Yusof, Mazlizam, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi. Untuk jentera tengah mereka, Mat Zan akan membuat sedikit perubahan setelah melihat jentera tengah mereka tidak berfungsi dengan  baik ketika menentang PKNS  baru baru ini. Joseph Kalang Tie akan terus di beri kepercayaan untuk membuat hantaran yang menarik untuk penyerang mereka. Dia di jangka akan di bantu oleh pemain import mereka Baiano serta Ashaari dan Reshafiq Alwi di sayap kanan dan kiri.

Di bahagian serangan, semestinya Franky Doe akan di turunkan dan bakal bergandingan bersama Manaf Mamat atau Hadi Yahya. Pasukan Kelantan seharusnya berwaspada dengan penyerang import mereka kerana pemain ini licik dan mampu menggugat pertahanan pasukan Kelantan.

TRWCu menyeru kepada penyokong setia The Red Warriors agar terus memberi sokongan buat pasukan untuk merampas kedudukan liga pada perlawanan ketujuh ini. Gomo Kelate Gomo!!

Jadual perlawanan lain pasukan :

Young Lions vs Negeri Sembilan
Sarawak vs Felda United
Tteam vs Perak
Kuala Lumpur vs Johor FC
PKNS vs Selangor
Kedah vs Sabah

*Perlawanan Kelantan vs Terengganu juga di siarkan di Astro Arena pada jam 8.45 malam. Keputusan dan kedudukan liga super akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan pada 11 Februari.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan