Sabtu, 11 Februari 2012

PENYU MENANGIS

Gambar di petik dari halaman facebook Dunia Warriors


Akhir nya, penyu telah menangis di Kota Bharu. Dengan kehadiran penyokong setia The Red Warriors untuk memberi sokongan, pasukan Kelantan telah mempamerkan kehebatan yang sebenar dan permainan yang agak menarik.

Peter James Butler telah membuat perubahan besar pada jentera pasukan nya. Mat Yo dan Indra di letakkan di bahagian serangan sambil di bantu Piya di bahagian tengah. Di sebelah sayap, Azwan Roya dan Chanturu di letakkan di kiri dan kanan untuk membuat "overlapping" ke bahaigan serangan. "Back four" untuk pasukan Kelantan juga cukup ampuh menahan asakan pasukan lawan yang di ketuai Obina dan juga Subra.

Bagi pasukan Terengganu, mereka juga membuat asakan bertubi tubi melalui gandingan Doe dan Hadi Yahya. Pasukan mereka juga telah terperangkap offside sebanyak 10 kali sepanjang perlawanan berlangsung. Gol pasukan Kelantan berjaya di jaringkan melalui Mat Yo hasil rembatan nya dan terkena bahu Marzuki Yusoff untuk gol yang pertama.

Selepas itu, Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua menerusi tandukan Piya hasil hantaran tandukan dari Indra Putra. Kelantan juga berupaya untuk mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti. Namun, Sharbinie Alawee berjaya menepis keluar sepakan penalti yang di ambil Ghadar. Pada hujung perlawanan, Ashaari telah membuat rembatan dan berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi.

Selepas ini, Kelantan akan bertemu Selangor pada 14 Februari nanti di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan kelapan musim ini. TRWCu mengharapkan Kelantan terus mempamerkan kehebatan di pentas arena bola sepak Malaysia. Gomo Kelate Gomo!!

Pemain terbaik perlawanan pilihan TRWCu : Azwan Roya


Keputusan lain lain perlawanan :

Young Lions 3 vs Negeri Sembilan 1
Sarawak 2 vs Felda United 1
Tteam 2 vs Perak 0
PKNS 2 vs Selangor 0
Kedah 2 vs Sabah 2
Kuala Lumpur 0 vs Johor FC 2

*Kedudukan liga super terkini juga telah di kemaskini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan