Ahad, 12 Februari 2012

RED WARRIORS ATAU RED GIANTS???

Percaturan dua jurulatih berpengalaman pada hari selasa ini pasti nya di nantikan oleh semua peminat bola sepak seluruh Malaysia. Bekas jurulatih Terengganu musim lepas, Irfan bakti pastinya mempunyai idea yang tersendiri untuk mengalahkan Kelantan nanti. Karakter nya yang sering "psiko" di atas padang perlu di ambil perhatian oleh pemain pasukan Kelantan. Bagi Peter Butler, dia sememang nya mengejar kemenangan yang keenam dan mahu mengekalkan kedudukan di puncak liga.

Untuk kesebelasan utama The Red Warriors, TRWCu menjangkakan Peter Butler akan menurunkan barisan pemain yang sama pada perlawanan menentang Terengganu, Selasa lepas. Permainan yang cukup menarik dan menghiburkan seluruh peminat dan penyokong Kelantan. Di posisi penjaga gol, Apek akan terus di beri kepercayaan di pintu gol untuk menghalang segala percubaan pihak lawan.

"Back Four" juga mungkin akan terus di kekalkan atau mungkin pertukaran di pertahanan tengah. Obina Nwaneiri akan terus mengetuai di pertahanan tengah. Prestasi semasa bertemu Terengganu cukup membuktikan dia seorang pemain berpengalaman. Subra atau Farisham di jangka akan bergandingan bersama bekas pemain Nigeria ini nanti. Daudsu juga akan di turunkan berikutan persembahan cemerlang dan sentiasa membantu jentera tengah. Bagi pertahanan kiri, Aziz Ismail di lihat terpaksa di usung keluar pada minit terakhir perlawanan menentang Terengganu. Jika kecederaan nya serius, TRWCu mengjangkakan Zairul Fitrie atau Zamri Ramli di posisi ini.

Untuk jentera tengah, Kapten Piya dan Shaakir akan terus di kekalkan. Azwan Roya dan Chanturu juga di jangka akan terus di kekalkan ataupun Norfarhan akan kembali di turunkan di bahagian sayap pasukan Kelantan. Mat Yo dan Indra adalah gandingan serasi di bahagian serangan. Gandingan mereka terbukti berkesan setelah mencata kemenangan semasa menentang Terengganu lalu. Mungkin jurulatih akan cuba gandingkan mereka buat kali kedua pada musim ini.


Jurulatih Selangor, Irfan Bakti
Bagi anak didik Irfan Bakti, mereka perlu mencatatkan kemenangan bagi mendapat semangat untuk perlawanan yang akan datang. Ketumpulan bahagian depan dan juga masalah penyerang import mereka, Balaban yang tidak dapat di turunkan lagi juga menjadi faktor kegagalan pasukan mereka setakat ini. Situasi ini cukup menggusarkan dengan kedudukan kelapan di liga super.

Irfan Bakti akan terus menurunkan kesebelasan utama yang terbaik semasa menentang Kelantan nanti. Bekas penjaga gol USM musim lepas, G. Geevanathan akan terus di kekalkan walaupun sudah bolos sembilan kali selepas tujuh perlawanan. Di bahagian pertahanan, Asrarudin, P Gunalan dan Nasriq Baharom akan di jangka di turunkan. Pemain pertahanan import mereka, Ramez Dayoub mungkin akan di turunkan selepas di kenakan kad merah pada perlawanan kelima yang lalu.

Di bahagian tengah, Kapten Safiq Rahim akan mengemudi jentera tengah bersama K. Gurusamy. Amirulhadi dan Fitri Sazwan mungkin di letakkan di bahagian sayap kiri dan kanan. Untuk jentera serangan, Amri Yahyah di jangka akan di letakkan di hadapan untuk mencari gol buat pasukan.

TRWCu mengharapkan Kelantan berjaya mendapatkan tiga mata pada perlawanan menentang Selangor nanti di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini juga akan di siarkan di RTM 1 pada pukul 8.45 malam. Gomo Kelate Gomo!!!!

Pemain Tumpuan Pilihan TRWCu : S. Chanturu

Barisan kemungkinan Kelantan pilihan TRWCU :

Khairul Fahmi, Daudsu, Obina, Subra, Aziz, Piya, Shakir, Azwan Roya, Chanturu, Indra, Mat Yo

Barisan kemungkinan Selangor pilihan TRWCu :

Geevanathan, Asrarudin , Gunalan, Ramez Dayoub , Nasriq, Safiq Rahim , Fitri, Amirulhadi, Gurusamy, Azidan, Amri Yahyah.

Jadual lain lain pasukan :

Sabah vs Kuala Lumpur
Negeri Sembilan vs PKNS
Perak vs Young Lions
Felda United vs Tteam
Terengganu vs Kedah
Johor FC vs Sarawak

*Keputusan perlawanan dan kedudukan liga super akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan pada 14 Februari nanti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan