Selasa, 14 Februari 2012

KEKALAHAN PERTAMA


Akhir nya, Kelantan gagal mempertahankan rekod tanpa kalah pada musim ini. Kekalahan 1-2 kepada pasukan Red Giants cukup sukar di terima buat segelintir penyokong setia The Red Warriors. Namun, para pemain pasukan Kelantan telah melakukan yang terbaik untuk mencapai kemenangan.

Di barisi kesebelasan utama yang hampir sama ketika menentang Terengganu, Kelantan di lihat melancarkan serangan pada permulaan separuh masa pertama. Indra Putra berjaya melakukan tandukan hasil hantaran cantik Azwan Roya, tetapi Norazlan Razali tampak lebih bersedia di pintu gol. Mat Yo juga sering melakukan asakan ke dalam kotak penalti pasukan Selangor untuk mencari gol buat pasukan.

Gambar di petik dari halaman facebook Dunia Warriors
Pasukan Selangor di lihat lebih mantap di barisan tengah yang di ketuai Safiq Rahim. Gerakan yang sering di lakukan oleh Safiq Rahim sering mengelirukan benteng pertahahan pasukan Kelantan. Selepas seminit babak kedua bermula, Selangor berjaya mendapatkan gol pertama pada minit 46 hasil rembatan menarik Safiq Rahim yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi.

Gol itu nyata tersentak buat pasukan Kelantan untuk mencari gol penyamaan. Kelantan juga membaut pertukaran dengan memasukkan Farisham dan pemain import baru, Nwoha bagi menggandakan asakan ke atas lawan. Pada minit ke 75, pemain import Basko Balaban berjaya meloloskan diri dari perangkap offsaid pasukan Kelantan dengan melakukan sepakan leret ke arah penjuru gol pasukan Kelantan.

Pasukan Kelantan terus gagal memburu jaringan. Sebalik nya, Selangor di lihat kian bernafsu untuk menambah gol ketiga untuk pasukan mereka. Pada lewat permainan, Subramaniam akhirnya menghadiahkan gol saguhati untuk The Red Warriors hasil sepakan penjuru dari Kapten Badhri Razi. Dengan kekalahan ini, Kelantan terus berada di kedudukan teratas liga setelah pasukan Perak juga gagal mencatatkan kemenangan.

Pemain terbaik pilihan TRWCu : Aziz Ismail


Keputusan lain lain perlawanan pada 14 Februari

Felda United 0 vs Tteam 3
Terengganu 1 vs Kedah 1
Sabah 2 VS Kuala Lumpur 0
Negeri Sembilan 1 vs PKNS 1
Perak 1 vs Young Lions 2
Johor FC 1 vs Sarawak 2

*Kedudukan terkini liga super juga telah di kemaskini. Sila ke halaman kedudukan terkini liga super 2012.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan