Jumaat, 17 Februari 2012

LANGKAH KEMPEN PIALA FA BERMULA

Pusingan pertama kelayakan piala fa kian bermula. Kebanyakan pasukan akan menghadapai lawan masing masing pada 18 Februari 2012. Kelantan juga akan memulakan kempen piala fa menentang pasukan "Ngap Sayot" iaitu Sarawak. Pastinya, The Red Warriors akan berjuang bermati-matian untuk memenangi perlawanan nanti.

Misi untuk menggondol piala fa pada tahun ini di jangka akan menghadapi tentangan sengit dari anak buah Robert Alberts di pusingan kalah mati ini. Jurulatih pasukan Kelantan, Peter Butler juga di lihat akan menurunkan barisan terkuat untuk menentang Sang Kenyalang nanti. Selepas di katakan berlaku kemelut dengan pihak pengurusan KAFA, Peter Butler juga telah memasang impian yang besar buat pasukan The Red Warriors.

Untuk pasukan Kelantan, TRWCu ingin melihat Khairul Fahmi kekal di posisi penjaga gol setelah bolos dua gol di Bukit Jalil pada Selasa lepas. Di bahagian pertahanan pula, empat pemain yang di jangka akan di turunkan adalah Daudsu, Aziz, Subra dan pemain import Obina Nwaneiri. Khidmat Obina juga di tagih bagi mengekang asakan lawan yang di jangka akan di ketuai pemain import terbaru pasukan Sarawak.

Bagi jentera tengah, Kapten Piya dan Shakir juga akan terus di kekalkan dan TRWCu juga menjangkakan Azwan Roya dan Chanturu akan di kekalkan di bahagian sayap kanan dan kiri pasukan. Di bahagian depan pula, Mat Yo di jangka akan di gandingkan bersama tenaga import terbaru Nwoha, pemain import yang baru di turunkan semasa menentang Red Giants pada 14 Februari lalu. TRWCu mengharapkan Nwoha mampu membuktikan kehebatannya setelah Kelantan dilihat buntu mencari pemain import yang terbaik musim ini.

Bagi skuad kendalian Roberts Alberts pula, posisi penjaga gol mungkin di isi oleh bekas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar. 'Back four' pasukan Sarawak pula di jangka akan di isi oleh Kapten Hairol Mokhtar, Ramesh Lai Ban Huat, Yosri Dermaraju dan Shahrol Malek.

Di bahagian tengah pula, Roberts Alberts akan menurunkan K.Ravindran dan Guy Bwele serta di bantu Rashid Aya dan Khairul Azahar Idrus. Pemain import terbaru mereka, Vedran Muratovic di jangka akan menggempur kubu pertahanan Kelantan bersama penyerang tempatan, Zamri Morshidi.

The Red Warriors pastinya akan cuba untuk mencapai kemenangan untuk ke pusingan kedua. Perlawanan nanti akan di saksikan ribuan penyokong yang hadir ke stadium keramat mereka dengan harapan yang besar. Perlawanan ini juga akan di siarkan di RTM 1 pada pukul 8.45 malam. Gomo Kelate Gomo!!

Pemain tumpuan TRWCu : Onyenkachi Nwoha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan