Jumaat, 13 Januari 2012

SERI DI TEMPAT SENDIRI

Kesilapan membawa padah.Itulah hakikat perlu di telan oleh pasukan Kelantan serta penyokong setia The Red Warriors.Pada awalnya,ramai berpendapat Kelantan mampu mengalahkan PKNS FC dengan jaringan yang besar.Namun,mungkin kesilapan pertahanan telah menghukum kealpaan pasukan Kelantan yang mendahului dengan jaringan pada minit ke 71 oleh kapten Piya.

Pada separuh masa yang pertama,Peter James Butler menurunkan kesebelasan utama yang boleh di anggap kuat serta mampu menewaskan PKNS FC.Dengan jentera serangan di ketuai Mat Yo dan Dennis Antwi serta di bantu sayap kanan dan kiri iaitu Nurul Azwan Roya serta S.Chanturu.Sebaik perlawanan bermula,serangan sering bertukar ganti namun pertahanan PKNS FC yang di ketuai bekas pemain Kelantan,Azlan Zainal berjaya mengekang serangan daripada The Red Warriors.PKNS FC juga sering melancarkan serangan yang berbahaya dari Rudie Ramli serta rembatan jauh bekas pemain Terengganu,Helmi Remeli.

Selepas tamat separuh masa pertama,jurulatih Kelantan membuat perubahan drastik dengan membuat dua pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman iaitu Indra Putra serta Norfarhan bagi menguatkan jentera serangan Kelantan.Pada minit ke 58,M.Ghaddar telah masuk menggantikan Antwi untuk membantu Mat Yo di hadapan.Hasilnya,pada minit 71,kapten Piya telah berjaya memberi gol pertama kepada pasukan Kelantan.Selepas itu,pada minit ke 79,S.Subramaniam telah melakukan kesilapan dengan membuat hantaran yang perlahan kepada penjaga gol.Penyerang PKNS berjaya menyambar hantaran itu dan Syazwan Yusoff telah melakukan terjahan untuk menyelamatkan gawang.Akhirnya,pengadil telah memberi kad kuning kepada penjaga gol  Kelantan dan juga sepakan penalti.

Piya meraikan gol yang pertama bersama rakan sepasukan.
-gambar di petik dari FB Dunia Warriors-

Selepas itu,Kelantan terus melakukan serangan untuk mencari gol kemenangan dan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.Semoga pasukan The Red Warriors terus bersemangat untuk mengharungi perlawanan seterusnya.Buat yang terbaik!!


*Perlawanan seterusnya adalah pada 17 Januari 2012 menentang Johor FC di Stadium Sultan Mohammed IV.GOMO KELATE GOMO!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan