Ahad, 15 Januari 2012

KUNJUNGAN SANG TEBUAN

"Sang Tebuan" itulah jolokan nama yang di beri kepada pasukan Johor FC. Pasukan yang di didik oleh bekas jurulatih Selangor, K.Devan sememangnya mampu menggugat kehebatan The Red Warriors. Walaupun selepas dua perlawanan Johor FC berada di kedudukan kelapan liga, K.Devan pasti nya telah mempunyai ramuan yang terbaik bagi melakarkan kemenangan kedua musim ini.

Dengan di barisi pemain berpengalaman seperti, Eddy Helmi dan Khaironissam serta dua bekas pemain Kedah iaitu Fauzi Shaari dan Shafizan Hashim, mereka tampak lebih bersedia dalam mengharungi perlawanan ketiga di Kota Bharu. Walaupun turun tanpa tonggak import,Johor FC telah meletakkan Sharizal Saad selaku penyerang utama.

Bagi pasukan The Red Warriors pula, Peter Butler juga perlu menurunkan barisan terkuat nya bagi menentang Johor FC. Sentuhan Ghaddar dan Mat Yo di tagih oleh peminat setia The Red Warriors. Setakat ini, hanya 3 gol sahaja mampu di sumbangkan oleh barisan pemain Kelantan. Nyata, situasi ini amat merisaukan pihak pengurusan serta penyokong The Red Warriors.

Piya juga harus di turunkan untuk bergandingan bersama Shakir Shaari bagi mencanang jentera yang mantap untuk menghasilkan kemenangan kedua untuk pasukan. Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mungkin di turunkan kembali setelah di rehatkan pada perlawanan menentang PKNS baru baru ini. Kita juga seharusnya memberi sepenuh kepercayaan kepada jurulatih,Peter Butler serta pemain bagi melakarkan kemenangan pada 17 januari nanti. Insyaallah.

GOMO KELATE GOMO!!

Barisan kemungkinan yang akan di turunkan:

Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Daudsu,Aziz Ismail, Piya, Shaakir, Azwan Roya, Indra 
Putra, Mat Yo, Ghaddar.


Perlawanan lain lain pasukan :

Felda United vs Selangor
Young Lions vs Kuala Lumpur
Sarawak vs Terengganu
T-team vs Sabah
Perak vs Negeri Sembilan
Selangor PKNS vs Kedah

Keputusan perlawanan akan di kemaskini selepas perlawanan nanti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan