Khamis, 26 Januari 2012

TETAMU DARI IBU KOTA

The Red Warriors akan menerima tetamu dari ibu kota Kuala Lumpur pada 28 Januari 2012, sabtu ini di stadium keramat negeri Kelantan. Perlawanan kelima ini menjadi titik pertemuan berharga buat Kuala Lumpur untuk mencari kemenangan pertama. Pasukan bimbingan Razif Ismail seharusnya berwaspada dengan kehebatan Si Kijang yang berada gah di puncak liga setakat ini.

TRWCu menjangkakan jurulatih Peter James Butler akan menurunkan skuad kedua nya bagi merehatkan skuad utama untuk perlawanan nanti. Akan tetapi, kita tidak boleh memandang rendah kekuatan pasukan lawan biarpun mereka berada di tangga tercorot liga. Peter James Butler pasti nya ada strategi tersendiri bagi mencapai kemenangan buat The Red Warriors.

Peter James Butler mungkin menurunkan Syazwan Yusoff di posisi penjaga gol bagi merehatkan penjaga gol utama. Ini kerana prestasi Syazwan Yusoff juga boleh di anggap cemerlang setelah beraksi pada perlawanan menentang PKNS yang lalu. Di posisi pertahanan, TRWCu mengharapkan pertahanan yang kuat untuk mengekang asakan lawan. 'Back four' pilihan TRWCu pada kali ini mungkin Subra, Farisham, Aziz, serta Daudsu. Rizal  Fahmi juga mungkin di turunkan untuk menggantikan Subra di pertahanan tengah.

Di bahagian tengah pula, Piya dan Shakir mungkin terus di beri kepercayaan untuk merancang gerakan menarik. Indra dan Farhan mungkin di rehatkan bagi memberi laluan kepada Azwan Roya dan "Kelantan Express" S.Chanturu di posisi kiri dan kanan. Di bahagian serangan, TRWCu tetap memilih Ghadar dan Mat Yo untuk berada di jentera serangan. Dennis Antwi juga mungkin di turunkan sebagai penyerang utama berdasarkan prestasi cemerlang semasa menentang Kedah pada minggu lalu.

Jika jurulatih ingin merehatkan penyerang utama, Peter James Butler mungkin menurunkan penyerang muda The Red Warriors. Antara nya Aris Zaidi ataupun Ramzul Zahini. Untuk mencapai kemenangan, pasukan Kelantan harus kuat dari segi posisi.

Bagi pasukan kendalian Razif Ismail, beliau pastinya mempunyai idea yang bijak untuk menurunkan skuad yang mampu memecah benteng pasukan The Red Warriors. Setelah buntu mencari kemenangan, pemain KL Hawks akan mengerah segala kudrat yang ada untuk meraih tiga mata pertama buat pasukan ibu kota.

Kesebelasan utama pasukan Kuala Lumpur mungkin tidak banyak berubah dengan perlawanan sebelum ini. Dengan ketiadaan pemain import, mereka bergantung harap kepada semua pemain tempatan sahaja. Dengan hanya mampu mengutip satu mata sahaja setakat ini, mereka perlu bekerja keras untuk mencari kemenangan moral untuk menempuh perlawanan selepas ini.

Bagi TRWCu, apapun percaturan jurulatih untuk menentang Kuala Lumpur nanti, kami tetap menyokong sepenuh nya untuk terus gah di puncak liga. Gomo Kelate Gomo!!

Pemain Tumpuan TRWCu : Piya

Barisan kemungkinan pasukan Kelantan pilihan TRWCu  :

Syazwan Yusoff, Subra, Farisham, Daudsu, Aziz, Piya, Shaakir, Chanturu, Azwan Roya, Mat Yo, Dennis Antwi

Barisan kemungkinan pasukan Kuala Lumpur pilihan TWCu :


Rozaimi Rohim, Ahmad Jihad Ismail, Arman Fareez Ali, Aslam Najumudden, Aiman Syazwan Abdullah, S.Sivaraj, Azrul Azmi, Syafiq Johari, Hishamuddin Othman, Syafwan Shahlan, Fazuan Abdullah
 
Jadual perlawanan bagi pasukan lain :


Young Lions vs Terengganu
Sarawak vs Negeri Sembilan
Felda United vs Perak
Tteam vs Selangor
Kedah vs Johor FC


*Keputusan perlawanan dan kedudukan liga akan di kemaskini selepas tamat semua perlawanan pada 28 januari.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan