Selasa, 10 Januari 2012

LANGKAH KANAN PANJI MERAH!!

Tanggal 10 Januari 2012,kemenangan pertama telah tercatat di Stadium Jalan Besar,Singapura.Kehadiran penyokong pasukan tuan rumah gagal menyekat semangat panji merah THE RED WARRIORS untuk memburu 3 mata berharga.Kapten pasukan Kelantan,Piya telah menjalankan tugas dengan baik dan mampu mengekang asakan lawan.Walau bagaimanapun,gol pasukan Kelantan telah di bolosi terlebih dahulu oleh pasukan Singapura dengan tandukan dari sepakan percuma oleh Baihakki Khaizan pada minit 32.

Namun gol itu tidak mematahkan semangat pasukan Kelantan untuk mencari gol penyamaan.Dan hasil nya  pada minit ke 44,hantaran menarik Daudsu berajaya di sambar oleh Mat Yo seterus nya menjadikan kedudukan terikat 1-1.Asakan bertali arus oleh pasukan Kelantan berjaya menghasilkan penalti selepas penyerang import The Red Warriors,Md Ghaddar telah di jatuhkan di dalam kotak penalti.Penalti tersebut berjaya di sudahkan dengan sempurna oleh pemain tersebut pada minit ke 80.

Perlawanan seterusnya akan berlangsung jumaat ini pada 13 Januari 2012 pada pkul 8.45 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-4,Kota Bharu menentang PKNS Selangor.

Siaran langsung juga akan di siarkan di Astro Arena 801.

Keputusan bagi pasukan pasukan lain :

Negeri Sembilan 2 VS Selangor 2
Perak 1 VS Terengganu 0
Felda United 2 VS Sabah 0
Sarawak 2 VS K.Lumpur 0
Tteam 3 VS Kedah 0
PKNS 1 VS Johor FC 2

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan